Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam kehidupan seharian.
Amalan nilai-nilai murni ini patut dipupuk sejak kecil lagi. Terdapat
beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memupuk amalan nilai-nilai
murni.
Keluarga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan nilai-nilai murni.
Ibu bapa boleh memupuk amalan nilai-nilai murni dengan menunjukkan
contoh yang baik. Antara contoh amalan nilai-nilai murni yang boleh
ditunjukkan oleh ibu bapa lalah nilai kebersihan. Ibu bapa juga perlu
menasihati anak-anak agar menghormati ahli keluarga yang lebih tua.
Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan penting dalam usaha
memupuk nilai-nilai murni. Contohnya, anggota masyarakat perlu
mengamalkan nilal bekerjasama dan bertolak ansur. Nilai bekerjasama dan
bertolak ansur ini penting kerana masyarakat Malaysia adalah berbilang
kaum. Sesungguhnya, amalan nilai-nilai murni dalam masyarakat
mempengaruhl sikap generasi muda dan ia akan memberi kesan kepada
keamanan dan kesejahteraan negara.
Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam memupuk nilai-nilai
murni. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi nasihat kepada pelajar
agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah nilai
kerajinan dan bertanggungjawab. Amalan nilai kerajinan akan membolehkan
pelajar menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran
ke universiti.
Disamping itu, media massa seperti televisyen juga boleh memainkan
peranan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni. Hal ini kerana media
massa berupaya mempengaruhi sikap seseorang. Televisyen perlu
menayangkan filem yang dapat memupuk amalan nilai¬nilai murni dalam
kehidupan seharian. Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang
kebaikan amalan nilal-nilai murni.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk memupuk amalan
nilai-nilai murni di kalangan masyarakat. Hal ini kerana pihak kerajaan
mempunyal sumber kewangan untuk melaksanakan program kesedaran.
Contohnya, pihak kerajaan boleh melancarkan Kempen Amalan Nilai Murni
melalui stesen televisyen dan radio milik kerajaan. Pihak kerajaan juga
boleh meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaksanakan
program¬program yang dapat memupuk amalan nilai-nilal murni.
terima kasih
ReplyDelete