Nilai-nilai
murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya
segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan
insan yang unggul dan utopia
demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek
Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah
untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan
peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri
anak-anak mereka.
Nilai-nilai
murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak
mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya,
peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini,
bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak
diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka
akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal
ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang
harmoni di Malaysia.
Selain
itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk
membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan
kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada
Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan
nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke
dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan
agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.
Di
peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang
diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada
terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan
apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir
Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni
remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara
memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan,
berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.
Guru-guru
dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk
mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni
ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang
akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru
yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model
kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan
lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar
belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka.
Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang
yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.
Tidak
dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik
dan mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang
menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan
harta benda merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial
yang semakin berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang
daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk
menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan
kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai
murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin
terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.
Kesimpulannya,
semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana,
terdapat banyak kepentingan bagi nilai-nilai murni yang wujud dalam diri
kita. Selain itu, terdapat banyak juga langkah untuk mewujudkan
nilai-nilai murni ini. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat
yang produktif dan berkualiti.
Terima kasih kerana berkongsi maklumat.
ReplyDelete