Dewasa ini nilai murni amat penting terutama dalam
aspek pembangunan Negara. Nilai murni merupakan sikap positif dan seharusnya
dimiliki oleh setiap individu. Antara contoh nilai murni termasuklah
berdisiplin, rajin, ikhlas, dan sebagainya. Sesungguhnya nilai-nilai murni
perlu ditanam ke dalam jiwa semua orang. Jika nilai murni tidak berharga,
tidaklah pihak kerajaan melancarkan kempen ‘’Budi Bahasa dan Nilai-nilai
Murni’’ sejak 2005.
Individu yang mempunyai nilai-nilai murni dalam dirinya akan sentiasa berfikir
positif. Hal ini menjadikannya seorang yang berfikiran terbuka dan dapat
bergaul dengan pelbagai golongan masyarakat serta dapat ‘’hidup’’ dalam apa-apa
saja persekitaran. Ringkasnya, individu tersebut ‘’ke tengah boleh, ke tepi pun
boleh’’. Individu yang berfikiran positif ini akan melihat segala masalah
sebagai suatu cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan. Hal ini
membolehkannya hidup dengan ceria.
Dalam dunia pekerjaan pula, seseorang yang mempunyai disiplin kerja yang tinggi
pasti dapat menyelesaikan kerja mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Jika
disiplin tidak ditanamkan dalam diri kakitangan ini, timbullah sikap bekerja
ala kadar saja oleh kakitangan terbabit. Mereka kurang berusaha untuk
meningkatkan kecekapan bekerja kerana beranggapan bahawa gaji akan tetap
diperoleh pada setiap bulan. Sebaliknya, seseorang pekerja yang memiliki nilai
rajin dan berdisiplin akan senantiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan
bekerja.
Niai murni seharusnya dihayati dan dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat
Negara ini. Dengan nilai murni yang tertanam dalam diri, setiap individu dalam
masyarakat akan menjadi warganegara yang berguna.mereka akan memiliki rasa
cinta akan Negara dan ssanggup berkorban demi kedaulatan Negara. Sekiranya rasa
cinta akan Negara menyubur dalam jiwa rakyat, maka masalah sosial dan jenayah
kian berkurang. Sekiranya masalah-masalah tersebut dapat dikurangkan, maka
Malaysia akan bertambah maju dan makmur sekali gus rakyat akan dapat hidup
dangan lebih sejahtera.
Kesimpulannya, nilai-nilai murni perlulah dihayati dan diamalkan dalam
kehidupan seharian. Penghayatan nilai-nilai murni akan menjadikan seseorang itu
warganegara yang berkualiti.
last paragraph, kesimpulannya.. spelling wrongly liao :-)
ReplyDeleteAngel :terima kasih,saya telah membuat pembetulan perkataan yang salah ejaan tersebut.
Deletekita memang tahu bahawa nilai-nilai murni penting dalam pembentukkan keperibadian seseorang. Namun, sistem pendidikan di malaysia lebih mementingkan akademik. kejadian ini boleh dikatakan sebagai faktor gejala sosial yang semakin berleluasa dalam negara.
ReplyDeleteAmos ,saya tidak setuju pandangan anda terhadap sistem pendidikan di Malaysia lebih mementingkan akademik .Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2010 bermula dengan murid Tahun Satu, dapat membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perlaksanan KSSR juga akan lebih menekankan kepada elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi yang diajar secara eksplisit kepada murid.
DeleteSistem ini akan lebih menekankan soal-soal pembentukan keperibadian mulia, mempunyai jati diri yang kukuh serta mempunyai ketahanan dan daya saing yang tinggi agar modal insan yang dilahirkan mampu menghadapi cabaran di masa hadapan.
Di samping itu, Kemahiran dan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga merupakan elemen yang diberi penekanan supaya murid-murid dapat dilengkapkan dengan kemahiran generik,
setuju. tapi apa yang mengkhairankan saya ialah cara kita menilai "nilai-nilai murni" yang ada pada seseorang murid/pelajar. Memang tidak boleh dinafikan bahawa sejak tadika sehingga universiti, cara kita menilaikan keperibadian seseorang murid/pelajar adalah melalui perperiksaan "pendidikan moral". Setujukan anda bahawa sesiapa yang memperolehi markah tertinggi dalam subjek ini adalah insan yang terbaik dan akan menjadi tunggak negara? Jadi, langkah apa yang perlu kita laksanakan untuk menjamin kemakmuran dan keamanan dalam sesebuah negara?
ReplyDeleteBagi menjamin Kemakmuran & keamanan negara, kita boleh mengikut NILAI YANG BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
Delete1 Cinta Akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri.
2 Taat Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
3 Sanggup Berkorban untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian
untuk negara.
Saya memang bersetuju pandangan anda,semua rakyat Malaysia perlulah mengamalkan sikap cinta akan tanah air negara barulah dapat menjamin kemakmuran dan keamanan negara kita. Semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.
DeleteNILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
ReplyDelete1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
1.2 Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
1.3 Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam
kehidupan.
1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan
dengan sempurna.
1.5 Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
1.6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
1.9 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati
yang ikhlas.
1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar.
1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Yuan yuan xue jie: Penjelasan anda tentang nilai berkaitan perkembangan diri sangat ringkas dan jelas.
Delete