Rasional Nilai-nilai Murni dalam Falsafah Pendidikan Negara
Pada bulan Mei 1969,
rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Ini menunjukkan kerapuhan kebangsaan
kita. Masyarakat kita tiada semangat muhibbah yang dapat menyatukan setiap
kaum. Selain daripada itu tekanan daripada cendikiawan Islam terutama sejak
Persidangan Sedunia Tentang Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977 serta
penularan pelbagai jenis penyakit kerohanian, akhlak, sosial dikalangan
pelbagai lapisan masyarakat mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian
yang lebih kepada isu nilai dalam pendidikan.
Sebagaimana yang
kita tahu matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan masyarakat
yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan
berwawasan dan terlatih. Maka apakah corak pandangan hidup atau "world
view" yang harus didedahkan kepada pelajar atau belia sekarang untuk
mereka hayati, amal dan wariskan?. Untuk melihat output dan product yang
positif yang dijelmakan oleh pelajar ialah melalui penanaman nilai-nilai murni
serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik mereka agar selaras dengan
penyataan FPN ini. Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen
pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Yang
penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI (Jasmani, Emosi,
Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan
individu yang berakhlak.
Masyarakt adalah
agen ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui FPN yang dipelajari
disekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah tamat
bersekolah. Mereka telah diterapkan dan diajar dengan nilai murni. Kesan
daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada
melalui bentuk penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan perlakuan
sendiri. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa
berterusan.
Di Malaysia dewasa
ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni
secara komprehensif dimana:
" Nilai-nilai
murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan
melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di
luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk
memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."
Strategi Penerapan Nilai Murni
Suatu proses
perubahan yang sedang berlaku dalam Falsafah Pendidikan Negara dengan
menjadikan "Manusia" sebagai objek yang paling utama. Aspek-aspek
Ontologi (teori kejadian), epistemologi (teori ilmu) dan axiologi (teori
nilai). Ketiga-tiga aspek ini digabungkan sebagai commitment untuk menjadikan
nilai-nilai murni sebagai asas utama dalam kurikulum pendidikan kebangsaan.
Kementerian
Pendidikan memutuskan untuk menggunakan strategi bersepadu diperingkat
menengah. Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua matapelajaran
yang diajar tidak terpisah di antara satu sama lain, malah berkaitan dan
bersifat bersepadu. Unsur-unsur utama yang akan digunakan untuk mewujudkan
kesepaduan itu ialah unsur nilai.
Dalam pendidikan ,
penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung. Strategi
penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh
diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan satu penghayatan
dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan.
Bagi strategi yang
mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran, pendekatan kognitif dalam
bentuk perbincangan dapat dilakukan. Fakta-fakta sejarah dan cerita-cerita
dalam matapelajaran sastera umpamanya akan dapat dibincang melalui isu-isu yang
dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar
atau nilai sejagat tertentu. Pelajar di mana membuat penilaian berdasarkan
kepada nilai mereka sendiri di mana guru hanya bertindak sebagai pembimbing
kepada pelajar untuk mereka periksa nilai sendiri di samping guru mencari
alternatiif lain.
Nilai yang
diterapkan boleh menjadi kriteria panduan tentang bagaimana sesuatu nilai harus
dilakukan misalnya nilai keberanian ataupun rasional. Orang yang rasional boleh
membuat pertimbangan yang baik dalam menghadapi menyelesaikan sesuatu masalah. Sikap
perihatin guru dan kesedaran pelajar dalam memupuk nilai murni baik secara
formal ataupun spontan menyebabkan ianya akan sentiasa dapat dipupuk dari
semasa ke semasa.
Tindakan Kementerian
Pendidikan yang melancarkan strategi bersepadu diperingkat sekolah menengah
(KBSM) adalah bersesuaian kerana ia bertujuan memastikan bahawa semua
matapelajaran yang diajar tidak terpisah jauh antara satu sama lain dan
sentiasa berkaitan dan bersifat bersepadu. Unsur yang menunjukan kesepaduan ini
ialah unsur nilai.
Keberkesanan penerapan nilai murni dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
Memandangkan
penerapan nilai telah lama dilaksanakan dikalangan pelajar, baik melalui
ibubapa, guru ataupun masyarakat, hari ini kita telah dapat melihat beberapa
bukti yang menunjukkan sejauhmana keberkesanan ataupun ketidakberkesanan
penerapan tersebut.
Adakah matlamat FPN
untuk melahirkan insan yang seimbang dan hamonis telah terccapai? Jawapannya,
"Ya" dan "Tidak", ini kerana walaupun penerapan nilai telah
disemai dan dilaksanakan namun masih ada yang tidak mengamalkannya walaupun
mereka telah menerimanya. "Ilmu tanpa Amal", tiada ertinya.
Antara bukti
keberkesanan yang telah kita dapat lihat pada hari ini ialah semakin ramai
golongan remaja kita yang berakhlak mulia walaupun mereka dipengaruhi oleh
pelbagai godaan untuk memencongkan nilai murni pada diri manusia. Golongan
remaja yang awal 20-an sekarang adalah mereka yang telah diterapkan dan diberi
penekanan mengenai penerapan nilai-nilai murni semasa di sekolah dahulu. Hasilnya
kita lihat pada hari ini adanya kesedaran daripada golongan remaja sendiri
untuk membenteras kepincangan yang dihadapi oleh segelintir rakan mereka yang
masih dipengaruhi oleh nilai yang tidak elok. Misalnya, dalam industri muzik
yang sentiasa mengulit remaja dengan lagu-lagu dan muzik terkini seperti rock,
dang-dut, dan lain-lain. Tapi ada juga remaja yang sedar dan cuba menarik dan
menutupinya dengan mengalunkan lagu-lagu dakwah dengan memuji kebesaran Illahi
seperti kumpulan Rabbani, Raihan, Hijjaz, Hawa dan sebagainya. Perkembangan
kumpulan pemuzik dakwah ini sekurang-kurangnya menunjukkan adanya kesedaran dan
kejayaan pemupukan nilai murni.
Dari segi ekonomi
misalnya, kanak-kanak sekolah begitu perihatin terhadap kelemahan dan kesusahan
orang lain. Penerapan nilai murni yang mereka terima membantu menyedarkan
mereka untuk menderma, menolong dan perihati terhadap masalah yang wujud tanpa
mengira siapa. Contohnya, "Derma Hari Pahlawan" yang selalu di buat
oleh kanak-kanak sekolah , menunjukkan disamping mereka menderma mereka
bekerjasama membantu memungut derma tersebut. Ini menunjukkan satu inesiatif
yang baik dalam menyemai nilai-nilai murni.
Anugerah "Tokoh
Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah", "Olahragawan dan
Olahragwati" dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang
disemai dan keberkesannanya kerana penganugerahan itu diberikan berdasarkan
kepada sikap, sifat dan pencapaian yang baik yang ditunjukkan.
Yang paling jelas
kita lihat sekarang ialah nilai saling hormat menghormati yang ditunjukkan oleh
remaja kita kepada ahli masyarakat. Melalui penerapan nilai di sekolah-sekolah,
ramai pelajar yang dapat menerimanya. Misalnya mereka prihatin dalam
menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka pandai menyesuaikan
diri dalam sesuatu kelompok tertentu agar tidak menyinggung perasaan orang
lain.
Namun demikian tidak
dapat dinafikan bahawa bukan semua nilai-nilai murni yang diterapkan di
sekolah-sekolah atau di rumah itu diterima pakai oleh pelajar kita, sebab masih
ada yang menunjukkan kesan yang negatif. Masalah-masalah sosial yang semakin
meningkat sekarang menunjukkan kesukaran mereka melaksanakan nilai-nilai murni
tersebut walaupun mereka mengetahuinya, tetapi tidak dipraktikan. Ini berpunca
daripada beberapa faktor tertentu seperti ibubapa, institusi sekolah sendiri,
guru dan masyarakat dan pelajar itu sendiri.
Ibubapa misalnya
mereka walaupun telah menyemai dan menanam nilai-nilai murni dalam jiwa anak
mereka tetapi tidak menggalakkan mereka untuk mengamalkan adalah sesuatu yang
tidak wajar.
Begitu juga
guru-guru dan masyarakat. Mereka tidak begitu memberi perhatian terhadap
nilai-nilai yang asas atau kecil. Mereka memandang ringan atas beberapa
kesilapan kecil yang dilakukan dan kurangnya penerapan. Guru misalnya, mereka
sekadar mengajar mengenai nilai-nilai murni kepada pelajar sedangkan mereka
sendiri tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik.
Sikap individu atau
pelajar sendiri yang ambil mudah (sambil lewa) terhadap penerapan nilai murni
ini. Misalnya mereka mempelajari sesuatu subjek itu adalah sekadar
exam-oriented, hanya untuk lulus peperiksaan, bukannya memahami dan
mempraktikkan apa yang dipelajari. Ada segelintir pelajar yang suka dipaksa
untuk melakukan sesuatu perkara, maka dengan tidak adanya paksaan samada dari
ibubapa ataupun guru menyebabkan mereka melalaikannya.
No comments:
Post a Comment