Dalam sesebuah masyarakat, nilai
murni amat perlu diterapkan bagi mewujudkan suasana yang seimbang dari segi
rohani dan jasmani. Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilakukan pada
peringkat awal proses sosialisasi, iaitu semasa individu itu berada pada
peringkat persekolahan, selain penerapan nilai yang diterapkan oleh ibu bapa di
rumah.
Penerapan
nilai mendefinisikan nilai sebagai peraturan perlakuan standard yang menjadi
pegangan ahli masyarakat, ditentukan oleh masyarakat mengikut budaya masyarakat
tersebut (Supeka et,al., 1976). Tujuan penerapan nilai adalah untuk
mempengaruhi diri individu dengan nilai tertentu yang berbentuk universal dan
mutlak, yang difikirkan baik dan sesuai.
Dalam
Falsafah Pendidikan Negara melalui KBSM, diharapkan generasi muda yang dididik
mempunyai asas yang Dalam bidang pendidikan di Malaysia telah diusahakan
lonjakan berganda dari semua aspek bagi menentukan tahap pendidikan negara
setaraf dengan sistem pendidikan yang terbaik di dunia. kukuh nilai murninya.
Falsafah tersebut menggambarkan bahawa matlamat dan hasrat pendidikan negara
tidak akan terlaksana tanpa asas, membina dan memperkembangkan pendidikan atas
landasan nilai luhur dan murni. Falsafah ini direalisasikan dalam KBSM yang
digubal dan dilaksanakan pada tahun 1988 bertujuan untuk memberikan penekanan
pada pembangunan potensi individu secara menyeluruh.
Tinjauan
kajian menunjukkan bahawa pendidikan nilai sangat penting sebagai sebahagian
daripada kandungan kurikulum sekolah, dalam proses pendidikan seseorang individu.
Menurut Sugarman (1973) dan Lerner (1976), manusia memang dijadikan penerima
nilai, pemilih nilai, pengamal nilai, pembentuk nilai pewaris dan penerus nilai
serta pengawal nilai. Berdasarkan penegasan tersebut, Ellis, Cagan dan Howay
(1991) membuat beberapa saranan berhubung dengan pendidikan nilai tersebut,
seperti yang berikut:
i.
Pendidikan nilai amat perlu di sekolah.
ii.
Guru merupakan agen pemindahan nilai kepada pelajar.
iii.
Pengajaran nilai sewajarnya menjadi fokus utama dalam pendidikan.
iv.
Pegangan nilai secara umum harus didasarkan kepercayaan masyarakat.
Hasil kajian yang
dijalankan, pertama, berdasarkan pelaksanaan penerapan nilai murni dalam
pelajaran di sekolah menengah rendah melalui jenis nilai murni yang
selalu diterapkan. Kedua, berdasarkan sumber untuk memilih nilai yang hendak
Keberkesanan amalan guru selepas kajian akan terus berkekalan andainya mendapat
pencerapan dan penyeliaan yang mantap dan berterusan, sama ada secara langsung
mahupun secara tidak langsung. diterapkan, penggunaan prinsip penerapan nilai
dalam pengajaran melalui aktiviti bahasa, dan kaedah penerapan nilai dalam
pengajaran, teknik penerapan nilai yang digunakan, tahap penerapan nilai yang
dicapai oleh guru dan sebagainya.
Penerangan yang jelas!
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDelete