Friday, November 30, 2012

Cara-cara Memupuk Amalan Nilai -nilai Murni

Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam kehidupan seharian. Amalan nilai-nilai murni ini patut dipupuk sejak kecil lagi. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni.

Keluarga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan nilai-nilai murni. Ibu bapa boleh memupuk amalan nilai-nilai murni dengan menunjukkan contoh yang baik. Antara contoh amalan nilai-nilai murni yang boleh ditunjukkan oleh ibu bapa lalah nilai kebersihan. Ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak agar menghormati ahli keluarga yang lebih tua.

Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan penting dalam usaha memupuk nilai-nilai murni. Contohnya, anggota masyarakat perlu mengamalkan nilal bekerjasama dan bertolak ansur. Nilai bekerjasama dan bertolak ansur ini penting kerana masyarakat Malaysia adalah berbilang kaum. Sesungguhnya, amalan nilai-nilai murni dalam masyarakat mempengaruhl sikap generasi muda dan ia akan memberi kesan kepada keamanan dan kesejahteraan negara.


Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam memupuk nilai-nilai murni. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah nilai kerajinan dan bertanggungjawab. Amalan nilai kerajinan akan membolehkan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

Disamping itu, media massa seperti televisyen juga boleh memainkan peranan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni. Hal ini kerana media massa berupaya mempengaruhi sikap seseorang. Televisyen perlu menayangkan filem yang dapat memupuk amalan nilai¬nilai murni dalam kehidupan seharian. Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kebaikan amalan nilal-nilai murni.

Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyal sumber kewangan untuk melaksanakan program kesedaran. Contohnya, pihak kerajaan boleh melancarkan Kempen Amalan Nilai Murni melalui stesen televisyen dan radio milik kerajaan. Pihak kerajaan juga boleh meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaksanakan program¬program yang dapat memupuk amalan nilai-nilal murni.

Kepentingan Nilai-nilai Murni Dalam Kehidupan

Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.
Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.
Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.
Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.
Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.
Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.
Kesimpulannya, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kepentingan bagi nilai-nilai murni yang wujud dalam diri kita. Selain itu, terdapat banyak juga langkah untuk mewujudkan nilai-nilai murni ini. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang produktif dan berkualiti.

Thursday, November 15, 2012

Kriteria Penskoran Kertas Penulisan Bahasa Melayu UPSR Bahagian C

Bahagian C

Cemerlang (16-20markah)

Kriteria

1. Ulasan jelas dan tepat menggunakan ayat gramatis berdasarkan bahan ransangan.

2. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan ransangan.

3. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.


Baik (11-15markah)

Kriteria

1. Ulasan jelas dan tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan ransangan.

2. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan ransangan.

3. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.


Memuaskan (6-10markah)

Kriteria

1. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah dan ringkas.

2. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai.

3. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.


Pencapaian Tahap Minimum (0-5markah)

Kriteria

1. Ulasan tidak menepati bahan ransangan.

2. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan ransangan.

3. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.


Contoh Frasa Dan Pecahan Nilai Murni Dalam Pengajaran



  • Menolong orang - Bertanggungjawab
  • Menghulurkan bantuan - Prihatin
  • Menderma, menyumbang - Toleransi
  • Memberi hadiah - Penyayang
  • Berkongsi barang dengan adik-beradik - Kasih sayang
  • Memberi hadiah - Pemurah
  • Membantu - Baik hati
  • Berkongsi - Berhemah tinggi
  • Membuat kerja rumah/sekolah - Rajin
  • Membuat jadual belajar - Gigih
  • Mengulang kali - Keazaman
  • Menyiapkan .... - Bersungguh-sungguh
  • Mengembalikan - Jujur
  • Memulangkan - Tulus
  • Menyerahkan - Amanah
  • Memberikan (Tidak meminta balasan) - Ikhlas
  • Meminjamkan - Rela hati
  • Tidak berkira - Bertolak-ansur
  • Tidak mementingkan diri sendiri - Sepakat/Muafakat
  • Mengagihkan tugasan - Adil/saksama
  • Membuat sesuatu keputusan - Bijaksana
  • Bertindak - Bestari
  • Mencari penyelesaian - Rasional
  • Menjadi rujukan - Matang
  • Bertindak demi kebaikan - Berani
  • Basuh baju/ kasut - Berdikari
  • Menghormati lagu Negaraku - Cinta negara
  • Mematuhi undang-undang - Semangat patriotik
  • Membawa bekal ke sekolah - jimat-cermat
  • Menjaga kebersihan diri - Cinta kebersihan
  • Menjaga kebersihan alam sekeliling - Mencintai alam
  • Membantu orang lain - Bekerjasama
  • Mengikut arahan guru - Taat
  • Mematuhi peraturan - Akur
  • Patuh arahan ibu bapa - Berdisiplin
  • Tenang mengahadapi sesuatu keadaan - Cekal
  • Tidak mudah kecewa - Tabah
  • Meneruskan usaha walaupun ...- Sabar
  • Tabah melakukan sesuatu - Tidak mudah berputus asa
  • Bangun awal, bersiap awal - Menepati masa
  • Menyiapkan kerja sekolah - Menghargai masa
  • Siapkan kerja mengikut masa - Menepati janji
  • Semangat inisiatif, inovatif, kreatif - Daya usaha
  • Rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit - Dedikasi
  • Berupaya mencapai sesuatu kejayaan - Jaya diri
  • Hidup berbaik-baik dengan jiran - Semangat kejiranan
  • Pertimbangan yang tidak keterlaluan -Kesederhanaan
  • Kesenangan yang dikecapi - Kesyukuran
  • Pengiktirafan - Penghargaan
  • Berterima kasih - Menghargai
  • Thursday, November 8, 2012

    Contoh Membuat Ulasan Dalam Bahagian C



    Kisah Anak Desa      
                               
    Tersebut kisah sebuah cerita,
    Si anak desa pergi ke kota,
    Di kota mengisi ilmu di dada,
    Untuk bekalan hari muka,
    Setelah penuh ilmu di dada,
    Berpeluang bekerja di syarikat kereta,
    Diberi gaji empat angka,
    Alangkah gembira tidak terkata,
    Orang tua tidak dilupa,
    Selalu pulang menjenguk mereka,
    Gembiralah orang tua tercinta,
    Anak dapat membantu mereka,
    Si anak terus gigih bekerja,
    Dinaikkan pangkat menjadi ketua,
    Rasa bersyukur tidak terkira,
    Bersyukur kepada Tuhan Yang Esa,
    Kini si anak sudah tua,
    Hidup bahagia bersama keluarga,
    Anaknya pula membalas jasa,
    Berharap ketenangan terus bersama.


    Ayat yang mengandungi nilai
    Nilai
    Mengisi ilmu di dada, untuk bekalan hari muka
    rajin
    Alangkah gembira tidak terkata
    Bersyukur
    Selalu pulang menjenguk mereka
    menyayangi
    Si anak terus gigih bekerja
    Tekun
    Bersyukur kepada Tuhan Yang Esa
    berpegang  pada  ajaran agama



    Nilai
    Huraian
    Rajin
    belajar menambahkan  ilmu pengetahuan sebagai bekalan masa depan
    Bersyukur
    memperoleh rezeki yang banyak
    Menyanyangi
    pada kedua ibu bapa dengan selalu pulang menjenguk dan membantu mereka
    Tekun
    meningkatkan prestasi kerja
    Berpegang pada ajaran agama
    bersyukur atas kurniaanNya



    **********************************************************

    Antara nilai murni dari teks ialah kita mesti rajin belajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan sebagai bekalan masa depan. Selain itu, kita perlu bersyukur apabila memperoleh rezeki yang banyak. Seterusnya, kita hendaklan menyayangi kedua ibu bapa kita dengan selalu menjenguk dan membantu mereka. Di samping itu, kita juga hendaklah bekerja dengan tekun untuk meningkatkan prestasi kerja. Akhirnya, kita hendaklah berpegang teguh pada ajaran agama dengan bersyukur atas kurniaanNya.

    Panduan Menjawab Bahagian C

    Pengenalan

    Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkan bahan yang diberikan dalam bahagian ini. Calon ada diberikan rangsangan atau situasi dalam bentuk petikan, puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta untuk membuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan.

    Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialah seperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan juga Pengajaran daripada rangsangan atau situasi yang diberikan tadi.


     Langkah-langkah yang dicadangkan ialah:

      1.  Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan
           -  Baca soalan dengan teliti dan fahami arahannya.
           -  Arahan meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran
              berdasarkan petikan yang diberi.
           -  Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

      2.  Mencatat nilai murni atau pengajaran
           -  Baca dan fahami kandungan petikan.
           -  Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam
              petikan.
           -  Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai
              murni / pengajaran.
           -  Masa yang dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini
              sekitar lima minit.

      3.  Menulis ayat lengkap
           -  Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut
              tentang nilai murni / pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri.
           -  Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh.
           -  Hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
           -  Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit.

      4.  Menyemak
           -  Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut 
               strukturnya.
           -  Semak juga aspek tatabahasanya.
           -  Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.