Wednesday, October 31, 2012

Pembudayaan Budi Bahasa Dan Nilai Murni Di Sekolah

         Budi bahasa dan nilai-nilai murni adalah sesuatu yang amat perlu dalam kehidupan manusia. Budi bahasa dan nilai-nilai murni ini perlu diperkenalkan sejak di bangku sekolah lagi. Jika dilihat fenomena melata pada hari ini, kelunturan budi bahasa dan nilai-nilai murni begitu ketara sekali. Fenomena ’murid buli murid’ dan ’murid pukul guru’ adalah petunjuk kepada fenomena tersebut. Setiap warga sekolah perlulah menjadikan budi bahasa dan nilai-nilai murni sebagai budaya atau ’trade mark’ sekolah mereka. Dalam melaksanakan budi bahasa dan nilai-nilai murni di sekolah, imej diri yang positif dalam cara berfikir dan bertindak, melahirkan perasaan dan pertuturan yang menunjukkan kemurnian budi bahasa dan nilai-nilai murni. Setiap warga sekolah hendaklah berusaha untuk melahirkan sekolah berwatakkan budi bahasa dan nilai-nilai murni. Budi bahasa dan nilai-nilai murni yang dijelmakan di sekolah akan memberi manfaat dan faedah kepada semua pihak. Dalam menentukan kecapaian misi dan visi sesebuah sekolah, budi bahasa dan nilai-nilai murni seharusnya menjadi asas dan tunjangnya. Berbagai program dan aktiviti boleh dirancang untuk menjadikan budi bahasa dan nilai-nilai murni berakar umbi dan menjadi budaya di sekolah. Kempen-kempen, seminar, kem-kem boleh diberi imej dan pengolahan baru dalam menjayakan hasrat melahirkan pelajar yang berbudi bahasa dan hidup berdasarkan nilai-nilai murni yang disepakati. Disamping itu juga, sokongan dan dokongan yang kuat seluruh warga sekolah akan mempercepatkan usaha-usaha murni yang diidamkan dan dicita-citakan ini.

No comments:

Post a Comment