Sunday, December 2, 2012

Nilai Murni 1 Malaysia

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

KESEDERHANAAN

RENDAH HATI (TAWADHUK’)

BERBUDI BAHASA

HORMAT-MENHORMATI

KESEDERHANAAN
Rakyat yang tergolong dalam kategori ini termasuklah mereka yang sederhana dari segi pertuturan, berbelanja, berpakaian, makan minum, serta sederhana dari segi aspek bekerja dan berehat. Bagi pertuturan, sabda Rasulullah telah menjelaskan bahawa “Bercakaplah menurut tingkat kecerdasan pendengar”
Sementara sederhana dalam bekerja dan berehat bermaksud sentiasa menganggap kerja itu adalah suatu ibadah dan melakukannya demi untuk membantu rakyat.

RENDAH HATI (TAWADHUK’)
Untuk maju, sifat rendah hati juga perlu diamalkan dalam diri setiap rakyat. Sifat sedia untuk mendengar, tidak sombong, tidak ego dan tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri kerana sesungguhnya Masyarakat Malaysia menghargai orang yang merendah diri atau Tawadhuk.

BERBUDI BAHASA
Sentiasalah amalkan sifat berbudi bahasa dengan siapa jua sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama. Setiap tutur kata harus dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi.

HORMAT-MENGHORMATI
Setiap perbezaan yang ada di negara ini tidak kira perbezaan kaum, agama, budaya dan kepercayaan haruslah dihormatidan dihargai   kerana itulah   antara   faktor yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di mata dunia.Selain itu, hormatilah juga dengan sejarah dan perjanjian yang berlaku pada satu ketika dahulu kerana tanpa sejarah, tidak mungkin kita akan berada pada tahap kemodenan yang kita sedang alami sekarang

3 comments:

  1. blog yang menarik dan maklumat yang bernas. Nilai murni yang dipaparkan adalah amat sesuai dan manfaat untuk semua.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang membantukan saya.

    ReplyDelete