Amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar tidak boleh dipandang
ringan. Sebagai pelajar, terdapat beberapa nilai-nilai murni yang perlu
diamalkan di sekolah.
Selain itu, pelajar juga perlu mengamalkan nilai mematuhi peraturan
sekolah pada setiap masa. Pelajar perlu menyedari bahawa tujuan
peraturan sekolah dibuat untuk membolehkan pelajar belajar dengan baik.
Peraturan sekolah juga dibuat adalah untuk kebaikan para pelajar iaitu
supaya pelajar berasa selamat ketika berada dalam kawasan sekolah. Oleh
itu, pelajar yang melanggar peraturan sekolah wajar dikenakan tindakan
disiplin.
Nilai lain yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah nilai bekerjasama.
Contohnya, pelajar perlu bekerjasama membersihkan kelas dengan
rakan-rakan sekelas. Pelajar juga perlu bekerjasama dalam membuat
kerja-kerja kumpulan yang diberi oleh guru. Sikap kerjasama yang
ditunjukkan oleh pelajar akan menyebabkan pelajar disukai rakan-rakan
dan juga guru-guru.

Pelajar juga perlu mengamalkan nilai menghormati guru. Hal ini kerana
guru banyak berjasa kepada pelajar seperti mengajar pelajar ilmu
pengetahuan. Pelajar yang mengamalkan nilai menghormati guru pasti akan
disukal dan disayangi guru. Pelajar juga akan dianggap sebagai pelajar
yang balk dan mereka pasti akan berjaya dalam pelajaran dan juga
kehidupan.
nice blog,well done.
ReplyDeleteThank you
ReplyDeleteThank you
ReplyDeleteAyat yang dramatis
ReplyDeleteIni bagus untuk pelajar upsr
ReplyDeleteEssay is good
ReplyDeletePrefect ..😍i like this
ReplyDeleteSangat membantu...terima kasih
ReplyDeletetq cikgu😁
ReplyDelete